SeLaMaT DaTaNg Ke BLog DuNiA SuKaN....

Thursday 30 June 2011

Panduan Pengurusan Sukan

Pengelolaan Pertandingan

Sebelum melaksanakan sesuatu pertandingan, Ahli Jawatankuasa Pengelola perlu memahami Peraturan Am kejohanan dan undang-undang berkaitan dengan permainan atau olahraga.

Peraturan Am kejohanan merupakan hak mutlak pengelola kejohanan yang berasaskan peraturan am badan sukan tersebut. Manakala undang-undang permainan atau olahraga mestilah berdasarkan kepada persatuan sukan atau majlis sukan tersebut. 
Aktiviti Sukan Sekolah (Olahraga), misalnya  merujuk kepada MSSn, MSSM, MAAU, IAAF sebagai panduan.


1. Pembentukan Ahli Jawatankuasa

Setiap pengelola sukan dan permainan seharusnya membentuk Ahli Jawatankuasa Pengelola Kejohanan. Pada kebiasaannya pengelolaan sukan ini berdasarkan giliran untuk menganjur. Peringkat MSSM, seluruh pengelolaan diserahkan kepada MSSM yang juga boleh memberi kuasa mengelola kepada mana-mana MSS negeri atau Jawatankuasa MSSM.
                                            
Bagi negeri-negeri juga sama ada dikelolakan oleh MSS Negeri dan diserahkan kepada MSS Daerah manakala pada peringkat Daerah pula diserahkan kepada sekolah begitulah seterusnya.

Ahli-ahli Jawatankuasa pengelola boleh dibentuk seperti berikut:-

·         Ahli Jawatankuasa Induk
·         Ahli Jawatankuasa Kerja/Kecil.

Ahli jawatankuasa induk  terdiri daripada:-
  • PENGERUSI
  • TIMBALAN PENGERUSI
  • SETIAUSAHA
  • PENOLONG SETIUSAHA
  • BENDAHARI
  • AHLI GABUNGAN/MAJLIS
Ahlijawatankuasa kerja/kecil terdiri daripada :-
  • NEGERI
  • DAERAH
  • SEKOLAH
  • INDIVIDU
  • AHLI GABUNGAN
Berikut adalah disarankan AJK Kerja/Kecil:-
  • AJK Pertandingan
  • AJK Teknikal
  • AJK Publisiti
  • AJK Keselamatan
  • AJK Kepegawaian
  • AJK Minuman/Makanan
  • AJK Penginapan
  • AJK Pengangkutan
  • AJK Protokol & Jemputan
  • AJK Statistik & Keputusan
  • AJK Hadiah & Cenderamata
  • AJK Seranta
  • Dan lain-lain mengikut keperluan dan kesesuaian pengelola
2. Senarai Tugas Jawatankuasa  Pengelola

Peraturan 10 MSSM telah menyenaraikan tugas-tugas jawatankuasa  pengelola adalah seperti berikut:-
  • Menentukan tempat, tarikh dan masa kejohanan setelah berbincang dengan S/U Agong MSSM, S/U Agong Negeri, S/U Daerah atau S/u Sukan Sekolah.
  • Melantik pegawai yang bertauliah yang diperlukan
  • Menyediakan peralatan dan persediaan yang diperlukan seperti padang atau gelanggang
  • Tempat penginapan, pengangkutan, makanan/minuman, dll kelengkapan sebulan sebelum kejohanan.
  • Menjemput semua S/U Agung/wakil negeri, MSS Daerah, MSS sekolah mengikut peringkat kejohanan
  • Mengedarkan notis mesyuarat  Jawatankuasa pengelola dan salinan minit perlu dihantar kepada setiausaha-setiausaha berkenaan dengan kejohanan
  • Mengedarkan surat pekeliling dan keputusan penuh kpada setiausaha-setiausaha
    • MSSM ( 3salinan)
    • MSSN ( salinan )
    • YDP MSSN ( 1 salinan)
    • Keputusan rasmi hendaklah dihantar dalam satu bulan selepas tamat kejohanan.
    • Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan am dan peraturan pertandingan berkenaan akan diputuskan oleh Jaatankuasa Pengelola dan keputusan adalah muktamad.
  • Bidang tugas ahli jawatankuasa  kerja/kecil -  guru bincang bersama pelajar.
  • 
3. Kewangan
  • Salah satu komponen dalam pengurusan sukan ialah kewangan. Tanpa wang aktiviti pengelolaan sukan tidak dapat dilaksanakan. Sebelum anda memutuskan bajet pengelolaan, seharusnya anda tahu arah tujuannya. Dalam hal ini, kita seharusnya mengetahui berapakah perbelanjaan yang akan digunakan bagi tujuan di atas. Mengapakah kita memerlukan kewangan sebanyak itu dan dari manakah sumber kewangan tersebut. Perancangan bajet yang teliti dan kearah mana ianya dibelanjakan akan dapat membantu organisasi menarik penyumbang melalui aktiviti yang dirancang. 
    Berapakah perbelanjaan dan wang yang diperlukan bagi bajet yang sebenarnya.  Melalui cara sebeini barulah kita tahu bagaimana wang itu dibelanjakan sebenarnya oleh organisasi itu.Kewangan untuk sesuatu pengelolaan/kejohanan sukan boleh diperolehi dari sumber-sumber berikut:

    • Peruntukan Kerajaan seperti sekolah, maktab, negeri atau negara.
    • Mendapat sumbangan daripada penaja seperti Milo, Eon, Proton dll.
    • Sumbangan-sumbangan Individu dan lain-lain derma.

    Setiap Ahli Jawatankuasa pengelola sesuatu sukan mesti ada bajet mereka sendiri. Dengan adanya  bajet seperti ini dapat Jawatankuasa Kerja menjalankan aktiviti mereka. Setiap Ahli  Jaatankuasa Kerja akan menyediakan bajet mengikut keperluan masing-masing dan dikemukakan kepada Jawatankuasa Induk dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja pengelola kejohanan.

4. Pelan Tindakan
Membuat suatu pelan tindakan untuk pengelolaan sukan adalah sangat penting. Melalui pelan tindakan ini kita dapat mengenalpasti apakah perkara-perkara yang perlu dilaksanakan apabila mengelola nanti. Pelan tindakan seharusnya melibatkan mengorganisasi sebelum pengelolaan, semasa pengelolaan dan selepas pengelolaan.
Sesuatu pelan tindakan mestilah lebih menyeluruh.


5. Senarai Semak
Untuk melicinkan sesuatu kejohanan sukan senarai semak setiap bahagian perlu ada dan bersesuaian dengan “event” yang dikehendakki. Semua pengelola sukan seharusnya menyediakan borang semakan ini supaya aktiviti pelaksanaan dapat dijalankan dengan licin dan sempurna. 
Berikut adalah beberapa contoh senarai semak yang boleh digunakan ketika menganjur kejohanan sukan.
Tandakan ( / ).
1.Sebelum Pertandingan/Kejohanan sukan                                       
  • Menyediakan Kertas Kerja                              (       )
  • Penubuhan Jawatankuasa Induk                    (       )
  • Mesyuarat JK Induk                                          (       )
  • Penubuhan Jawatankuasa Kerja/Jk Kecil.    (       )
  • Mesyuarat JK Kerja                                          (       )
  • Memastikan Bidang Tugas JK Kerja             (       )
  • Menerima  Bajet/Anggaran Prbelanjaan dari Setiap JK Kerja(       )
  • Memastikan JK Kerja                                       (       )
    • JK Teknik Pertandingan                        (       )
    • JK Kepegawaian                                    (       )
    • JK Jemputan                                           (       )
    • JK Publisiti                                              (       )
    • JK Hadiah                                               (       )
    • JK Padang/Gelanggang                       (       )
    • JK Penginapan                                      (       )
    • JK Pengangkutan                                  (       )

  • Semuanya telah melaksanakan persediaan pada peringkat awal.(       )
  • Mengedar Jadual Pertandingan                                                          (       )
2. Semasa Pertandingan
  • Taklimat Kejohanan                                                  (         )
  • JK Teknikal                                                                (         )
  • JK Pertandingan                                                       (         )
  • JK Padang/Gelanggang                                          (         )
  • JK Kepegawaian                                                      (         )
  • JK Keputusan dan Statistik/Pencatat                     (         )
  • JK Aturcara                                                                (        )
  • JK Sambutan                                                             (        )
  • JK Seranta                                                                 (        )
  • JK Pengangkutan                                                      (        )
  • JK Minuman/Jamuan                                                 (        )
  • JK Pemantauan                                                         (        )
  • JK Laporan                                                                (        )            
  • Dll.  …………………nyatakan                                  (        )

3. Selepas Pertandingan – Tindakan Perlu diambil adalah

  • Mesyuarat Post mortem                                              (       )
  • Laporan oleh setiap JK Kerja                                     (       )
  • Surat-surat Penghargaan kepada yang berkenaan (       )



Rujukan
Buku Sumber Sains Sukan, Tingkatan 5. KPM. 

No comments: